Aspirasi Kasih Sayang Sejagat  
 Menu Utama
 Kolum Artikel
 Log Masuk
Username:

Password:


Hilang Password?

Daftar Sekarang!
 Sedang Online
3 user(s) are online (1 user(s) are browsing Mengenai EXTRO)

Members: 0
Guests: 3

more...
 New Members
sapna 2008/11/17
mymaya 2008/11/10
Rusemansani 2008/10/30
zainab 2008/10/28
xkisahaiman 2008/8/27
atiffsofi 2008/8/9
ummu_anis 2008/8/7
mila 2008/7/8
NurulizraAzhar 2008/6/12
natalia 2008/6/1

Aspirasi Kasih Sayang Sejagat

New Page 2

Merealisasikan tamadun Islam akhir zaman bukanlah sesuatu yang mudah. Penguasaan terhadap ilmu dan amalan Islam mesti dilakukan dengan baik dan tersusun. EXTRO berusaha untuk membangunkan tamadun berasaskan ilmu dan amalan sebagaimana yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w.  Ilmu adalah asas kepada kehidupan. Dan kasih sayang adalah fitrah seorang insan. Masyarakat berilmu dan berkasih sayang akan lahir bila ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Sama-samalah kita suburkan rasa bertuhan dan kehambaan dalam diri.

 

Komuniti EXTRO cuba untuk melahirkan para pemikir Islam yang seimbang, terutama pemikir-pemikir di kalangan remaja dan pemuda, yang sentiasa berusaha untuk berjuang menegakkan Islam dalam diri sendiri, lantas dikembangkan ke dunia masa kini.
 

Wadah kasih sayang....

Kasih sayang adalah fitrah insani. Manusia yang gersang kasih sayang merasa hidupnya tanpa sebarang erti. Hatinya resah dalam kemewahan, jiwanya bergelodak dalam kesenangan. Kasih sayang yang sejati hanya lahir bila Allah dikenali dan dijadikan sandaran. Bila sudah berkasih kerana Allah. Hilanglah ego seorang pemimpin, lahirnya taat oleh yang dipimpin, musuh cuma dibenci pada kesalahannya, bukan peribadinya, yang jahil diberi ilmu, yang alim semakin merendah diri, yang kaya membantu, yang miskin tidak meminta atau mencerca.

Kasih sayang kerana Allah akan kekal dan menjadi penyelesai kepada masalah. Anak-anak dididik cintakan Allah, lahirlah anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri ditadbir dengan kasih sayang, menjadi permaisuri penuh kesetiaan dan kesabaran.

Bila ada konflik, semua akan kembali kepada kebesaran dan kekuasaan Allah. Alangkah indahnya hidup berkasih sayang, kerana Allah. Sama-sama kita bina kasih sayang sesama insan... demi kasih sayang Tuhan!



 




 Carian

Carian Terperinci

© 2007 EXTRO All Rights Reserved Powered by EXTRO using XOOPS 2.0 © 2001-2007 The XOOPS Project